Kelas Asas ICT – Mewarna Digital (Tema Ramadhan)

13 Mac 2024 | Aktiviti Terkini

Pada 12 Mac 2024, Khamis, Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NaDi) Rantau Panjang telah menganjurkan Kelas Asas ICT – Mewarna Digital (Tema Ramadhan) yang bermula dari pukul 2:00 petang sehingga 3:00 petang di NaDi Rantau Panjang. Aktiviti tersebut telah disertai oleh 4 orang peserta yang terdiri daripada pelajar sekolah rendah.

Antara pengisian aktiviti tersebut adalah para pelajar diminta untuk mewarna menggunakan komputer Sahaja. Staf telah membimbing peserta menggunakan software paint 3D dan mereka akan mewarnakan sensiri halaman mereka selama 30 minit masa diberikan dan telah memperlihat hasil mereka. Kelas ini sangat bermanfaat kepada peserta dalam mempraktikkan kemahiran menggunakan komputer dari kepelbagaian.

Diharapkan dengan aktiviti ini dapat memupuk kemahiran komputer dalam kalangan komuniti setempat dan boleh memberi manfaat kepada komuniti.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali